MANA MUDARAT, TAHFIZ ATAU PUSAT HIBURAN? – IBRAHIM ALI

161
SHARES
498
VIEWS

Presiden Perkasa, Dato’ Paduka Dr. Ibrahim Ali, mengkritik tindakan yang diambil oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan menutup pusat tahfiz yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa dan beroperasi secara haram.

Ibrahim memetik kenyataan Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad semalam kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Mediasi Komuniti Strata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PMKS WPKL).

Ini kerana menurut beliau yang mempertikaikan keputusan menutup pusat tahfiz tidak berdaftar dan beroperasi secara haram itu dibandingkan dengan pusat hiburan yang lebih memberi kesan buruk dan mudarat kepada masyarakat terutamanya golongan belia.

“Mana lebih rosak dari tahfiz tak berdaftar dibandingkan dengan pusat judi, rumah urut, kedai arak, kedai game, disko berdaftar semua tu terhadap masyarakat dan sosial belia?”

“Kena faham, pusat tahfiz ini tempat mengajar Al-Quran, mendidik ilmu agama, tidak kira sama ada mereka berdaftar atau tidak, fungsinya tetap sama iaitu – mengajar agama.”

“Itu disko, judi, arak, ini semua pusat hiburan, lalai dan merosakkan, daftar atau tidak, fungsinya tetap sama iaitu – merosak dan melalaikan.”

“Dari tutup, kenapa tidak bantu daftarkan mereka?”

“Kalau mereka langgar undang-undang, tidak “comply dengan safety” barulah arahkan tutup selepas beri masa kepada mereka.”

“Menteri jangan asyik guna alasan klise kononnya nak jaga imej institusi Islam, tetapi pelaksanaan seolah-olah nak runtuhkan Islam itu sendiri.”

Ibrahim juga tidak berpuas hati apabila isu melibatkan institusi Islam sering diperbesar-besarkan namun apabila isu melibatkan pendakwah bukan islam atau golongan bukan Islam walaupun terlibat dengan keganasan, semuanya seolah-olah dipekakkan dan tidak diambil tindakan oleh kerajaan hari ini.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts