AHLI PARLIMEN UMNO DIUGUT?

369
SHARES
2.2k
VIEWS

Benarkah wujudnya konspirasi mengugut setiap Ahli-ahli Parlimen UMNO sama ada untuk meninggalkan ataupun melompat parti? Ini kerana desas-desus semakin kuat kedengaran kebelakangan ini bermula dengan insiden Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapha Mohamed yang meninggalkan UMNO.

Beliau yang juga bekas Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri secara mengejut mengisytiharkan dirinya meninggalkan UMNO pada 18 September lepas melalui satu kenyataan media yang mengejutkan bukan sahaja UMNO tetapi juga kerajaan Pakatan Harapan.

Kurang 24 jam kemudian, Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman yang juga bekas Menteri Luar, turut mengumumkan keluar UMNO yang terlihat memberi tamparan kuat kepada UMNO khususnya Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam pula mengeluarkan kenyataan melalui video yang mengulas mengenai isu Mustapa meninggalkan UMNO. Beliau mendakwa Mustapa telah  disoal-siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama tiga hari dan kemudiannya diugut dengan diberi kata dua oleh Tun Daim Zainuddin, penasihat Tun Mahathir dalam Majlis Penasihat Kerajaan.

Terkini, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim pula telah direman selama 4 hari oleh SPRM bersama abangnya, Abdul Latiff serta seorang lagi saudara mereka, yang didakwa di mahkamah kerana tidak tunduk kepada tekanan kerajaan dalam kes yang dihadapinya.

Berikut adalah kata-kata Azeez yang sempat dibisikkan ketika beliau di mahkamah semalam, yang menguatkan dakwaan wujudnya konspirasi mengugut Ahli-ahli Parlimen UMNO agar meninggalkan parti.

“Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah perjuangan. Jika saya telah keluar dari UMNO minggu lepas, anda tidak akan lihat saya begini (berbaju lokap SPRM dan bergari) hari ini.”

“Namun walau apapun dugaan atau rintangan atau ugutan yang datang, hatta ke penjara sekalipun saya tetap tidak akan meninggalkan perjuangan parti keramat UMNO.”

Kirim salam kepada semua rakan-rakan seperjuangan.”

“Insyallah saya akan terus teguh bersama UMNO.”

.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts