Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi komitmen akan membantu bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecatnya pada tahun 1998 kerana kes liwat namun disabitkan bersalah dan dipenjarakan kerana salah guna kuasa.
Beliau berjanji akan turun untuk membantu kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin depan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
Anwar akan bertanding dalam persaingan tujuh penjuru yang menyaksikan pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan turut bertanding mencabarnya di sana.
Sebagai rekod, Saiful mendakwa diliwat oleh Anwar yang menyaksikan beliau disabitkan kesalahan dan dihukum penjara selama lima tahun pada tahun 2015 namun dibebaskan pada 8 Jun 2018.
Dr. Mahathir berkata, satu majlis besar-besaran akan diadakan bagi membantu kempen Anwar dan beliau berharap pengundi luar akan pulang serta memberikan undi kepada Anwar.
“Macam-macam orang sebut mengenai saya dan Anwar, kata saya bergaduh dengan Anwar dan tidak sokong Anwar.”
“Saya dan ketua parti PH akan berada di sana untuk berkempen pada 8 Oktober ini (Isnin).”
Tun Mahathir dipetik berkata dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.