TOK HIM: PERJUANGAN UMNO DAN BERSATU AMAT BERBEZA

133
SHARES
428
VIEWS

Presiden Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Perkasa), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali atau lebih dikenali sebagai Tok Him tidak bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa perjuangan UMNO dan Bersatu adalah sama.

Menurut beliau walaupun objektif dan perjuangan hampir sama tetapi hakikatnya parti Bersatu terikat dengan Pakatan Harapan.

“Saya tengok walaupun objektif Bersatu lebih kurang sama dengan UMNO; memperjuangkan agenda Islam agenda Melayu dan sebagainya, sebagai Perlembagaan Bersatu.”

“Tetapi hakikatnya Bersatu terikat dengan Pakatan Harapan, di mana Bersatu mendokong manifesto Pakatan Harapan, mendokong dasar-dasar Pakatan Harapan.”

“Iaitu dasar kesamarataan, meritokrasi, hendak hapus itu ini, tubuh jawatankuasa untuk buat reformasi terhadap pelbagai undang-undang, dasar-dasar.”

“Jadi apa maknanya dasar dalam parti Bersatu yang dikatakan hendak mendokong perjuangan Melayu dan Islam ini? Di mana duduknya?”

Tok Him juga berkata ketika zaman UMNO dalam Barisan Nasional, dasar mereka amat jelas berbanding Pakatan Harapan ketika ini. Cuma apabila Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak gagal menangani isu tuduhan rasuah dengan baik, maka rakyat hilang kepercayaan dan Barisan Nasionalpun kalah dalam PRU-14.

Namun rakyat tidak hilang kepercayaan terhadap dasar-dasar Barisan Nasional yang sudah diterima rakyat lebih dari 60 tahun tetapi hilang kepercayaan terhadap isu-isu dalaman dan rasuah individu tertentu dalam Barisan Nasional.

Tok Him juga tidak bersetuju dengan pandangan “walaupun Bersatu bekerjasama dengan Pakatan Harapan tetapi Tun Mahathir akan mampu atasi pelbagai perkara yang berkaitan dengan isu fahaman sosialisme dan pluralisme”.

“Ada pihak mendakwa, kita jangan bimbang, Tun adalah tokoh yang hebat, tokoh yang kuat, walaupun dengan DAP-nya macam ini, dengan Tun menjadi ketua, Tun mampu ‘handle’, atasi mereka ini.”

“Tak sampai 6 bulan baru-baru ini saya dengar wawancara Tun dengan media…Tun kata apa? “

“Dia terima hakikat bahawasanya dia terpaksa menyesuaikan dirinya dengan fahaman sosialisme dan pluralisme di dalam Pakatan Harapan.”

“Maknanya Tun dah macam nak ‘surrender’ atau menerima tekanan. Sosialisme daripada DAP, pluralisme mungkin daripada PKR.”

“Jadi Tun sendiri dah nampak goyah dan mengakui dah tak boleh nak hadapi. Dia terpaksa menyesuaikan diri maknanya ada tempat-tempat dia terpaksa terima dasar ini.”

“Jadinya maknanya berbezalah dengan perjuangan UMNO dahulu. Dasar tidak boleh berubah. Ini tunjang, akar umbi, kerangka negara, kerangka Perlembagaan.”

Pandangan penuh beliau boleh diikuti melalui video di bawah;

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts