TUN MAHATHIR MENGAKU KHIANAT DYMM YDP AGONG DAN MAJLIS RAJA-RAJA!

760
SHARES
4.4k
VIEWS

RAKYAT DAN YDP AGONG TIDAK SELAMAT BAWAH PAKATAN, BUBAR PARLIMEN DAN BIAR RAKYAT PUTUSKAN NASIB MEREKA!

Oleh Dato Lokman Adam

Ahli MT UMNO

Video ini membuktikan bahawa Tun Mahathir telah terang-terangan mengaku bahawa beliau tahu implikasi perlaksanaan Statut Rom dan telah melanggar Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan mengarahkan Menteri Luar Malaysia untuk meratifikasi Statut Rom tanpa mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu sedangkan ianya menyentuh soal keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja.

Kata-kata Tun Mahathir bahawa “Mereka Tidak Boleh Dibiarkan Melakukan Sesuka Hati” jelas menunjukkan bahawa beliau merujuk kepada Raja-Raja Melayu dan berniat memusnahkan kekebalan YDP Agong Perkara 181 (2) dengan menghadapkan DYMM YDP Agong selaku Ketua Utama Negara (Perkara 32) dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera (Perkara 41 / Akta Angkatan Tentera 1972) untuk diadili oleh pihak asing di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Ini membuktikan bahawa selain Peguam Negara, Tommy Thomas, Tun Mahathir juga telah mengkhianati YDP Agong dan Majlis Raja-Raja.

Tun Mahathir dan Tommy Thomas wajar dipecat sebagai Perdana Menteri dan Peguam Negara di atas PENGKHIANATAN mereka sehingga YDP Agong terdedah kepada pendakwaan pihak asing.

Adalah tidak tepat dakwaan Lim Kit Siang bahawa pemikiran rakyat telah diracun untuk menolak Undang-Undang Anti Jenayah Perang.

Hakikatnya, tabiat Anwar yang pantang melihat teruna kacak juga boleh mengheret YDP Agong selaku Ketua Utama Negara ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Ini adalah kerana, sekiranya Tun Mahathir sekali lagi cuba menyumbat Anwar ke penjara dengan menggunakan pendakwaan terhadap aktiviti luar tabii Anwar, menurut Perkara 7 Statut Rom, YDP Agong boleh dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas tuduhan Penindasan Berdasarkan Gender walaupun melakukan seks luar tabii merupakan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Kanun Acara Jenayah Syariah Negeri-negeri dalam negara ini. Dengarkan penjelasan lanjut saya dalam video di bawah.

VIDEO PENGAKUAN MAHATHIR

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2213833068676414&id=100394606686948&sfnsn=mo

VIDEO PENJELASAN LOKMAN ADAM BERHUBUNG PENGKHIANATAN MAHATHIR DAN TOMMY THOMAS

https://www.facebook.com/lokman.n.adam/videos/2366436986733880/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts