PROSEDUR PERBICARAAN NAJIB UNTUK PENGETAHUAN AWAM – BUZZE AZAM

434
SHARES
2.5k
VIEWS

Oleh Mohd. Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Perbicaraan kes jenayah ini ada 2 peringkat.

Peringkat 1 adalah peringkat Prima Facie.

Ketika di peringkat ini, HANYA SAKSI PENDAKWARAYA SAHAJA yang akan dipanggil memberi keterangan.

Kerana BEBAN UNTUK MEMBUKTIKAN BAHAWA NAJIB ADALAH PENCURI ADALAH BEBAN DI BAHU DPP.

Jadi, DPP boleh panggil seberapa ramai saksi yang relevan untuk membuktikan NAJIB TELAH MELAKUKAN PECAH AMANAH JENAYAH seperti mana pertuduhan.

Di peringkat ini, Najib hanya duduk termenung di dalam kandang tertuduh. Beliau tidak boleh bercakap apa-apa kepada mahkamah. Beliau hanya boleh tengok dan dengar sahaja. Korek hidungpun tidak boleh.

Yang boleh bercakap apa-apa bagi pihak Najib adalah peguambelanya sahaja.

Fungsi peguambela adalah menyoalbalas saksi pendakwaan.

Tugas peguambela hanya menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Peguambela tiada tanggungjawab membuktikan Najib tidak bersalah. Mereka hanya perlu mencabar kredibiliti saksi dan kes pendakwaan.

Ibarat pendakwa membina Istana Pasir melalui bukti-bukti dokumen dan saksi pendakwa. Kerja pembelaan adalah meruntuhkan dan merosakkan Istana Pasir berkenaan.

Selepas dirosakkan, DPP ada peluang baiki semula kerosakan setakat yang termampu.

Peguambela yang berpengalaman akan mampu menjahanamkan terus binaan Istana Pasir berkenaan.

Manakala DPP yang berpengalaman akan mampu membina semula runtuhan Istana Pasir berkenaan.

Inilah gambaran ibaratnya proses bicara di mahkamah sekarang.

Sebab itu Tommy Thomas setakat mampu baca teks ucapan pembukaan di hari pertama pertuduhan sahaja. Untuk menyoal saksi dan membina semula kes, dia terpaksa ‘sub’ kepada peguam lain yang lebih berpengalaman kerana Tommy Thomas tiada pengalaman langsung mengendalikan kes-kes jenayah.

Apabila habis kesemua saksi pendakwa, Hakim akan membuat keputusan sama ada pendakwa berjaya buktikan kes prima facie terhadap Najib ataupun tidak.

Jika tidak, Najib akan dibebaskan.

Jika ya, maka baru akan masuk peringkat ke 2 pula iaitu Najib akan diperintahkan membela diri dengan memanggil saksi-saksi pembelaan pula.

Sekian.

(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts