MENJADIKAN KALAM ASHA’IRAH BERUPAYA MENDEPANI CABARAN PELBAGAI FALSAFAH-PEMIKIRAN-AKIDAH DARI DULU HINGGA KINI

363
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Dr. Amran Muhammad 

Ketua Eksekutif ISSI

Dalam menghadapi Cabaran Iman, Ideologi dan Ilmu Semasa tidak dapat tidak, akidah dan pemikiran Islam mestilah diungkapkan secara ilmiah lagi berhikmah, di waktu yang sama tetap jitu mempertahankan dasar dan teras akidah itu sendiri.

Akidah dan pemikiran Islam untuk menjadi relevan, kompetitif, dan “menggugat status quo” tidak mungkin diungkapkan dalam vakum atau “hampagas”.

Ia memerlukan konteks zaman dan lingkungan bagi menyerlahkan kelebihannya berbanding dengan “akidah-pemikiran atau falsafah” yang lain. Hanya dengan cara ini akidah dan pemikiran Islam akan dilihat berkemampuan mencabar dan memperbaiki malah meruntuhkan “akidah-pemikiran atau falsafah” cetusan manusia dari dulu hingga kini.

Rujuk rajah lampiran… menunjukkan betapa Kalam Asha’irah atas sifat analitik, logikal, rasional dan wasatiyyahnya menyeimbangkan antara akal dan wahyu, berupaya merungkai dan menjelaskan sekaligus mendepani syubhat-syubhat “akidah-pemikiran atau falsafah” sepanjang zaman.

Ini bertepatan dengan maksud dan tujuan Ilmu Kalam iaitu menjelaskan akidah Islam dan membenteras segala bentuk syubhah kekeliruan dan Cabaran Iman, Ideologi dan Ilmu setiap zaman dan lingkungan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts