YDP AGONG BERKENAN MELANTIK MUHYIDDIN SEBAGAI PM-8

383
SHARES
2.3k
VIEWS

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Dalam kenyataan media Istana Negara yang disampaikan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan diadakan esok 1 Mac 2020, jam 10.30 pagi.

“Istana Negara hari ini telah menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.”

“Proses ini lanjutan titah Yang di-Pertuan Agong di mana ketua-ketua parti politik dan ahli Dewan Rakyat yang bebas diminta mengemukakan pencalonan nama-nama ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.”

“Selepas mendapat representasi daripada semua ketua-ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing serta Ahli Dewan Raktar yang bebas, pada hemat Seri Paduka Baginda, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat ialah Tan Sri Mahiadddin Md Yassin (Muhyiddin), Ahli Parlimen Pagoh.”

Seri Paduka Baginda turut bertitah bahawa proses pelantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengah kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara yang dicintai bersama.

Seri Paduka Baginda bertitah ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan Baginda menzahirkan agar kemelut politik ini berakhir.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat dan semua yang terlibat khususnya agensi-agensi kerajaan, keselamatan dan pihak media.

Rakyat jelata sekaliannya menjunjung kasih kasih atas kebijaksanaan Seri Paduka Baginda.

Kami dengar dan kami taat.

Daulat Tuanku.

Rujuk kenyataan penuh Istana Negara seperti di bawah;

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts