BUKTI PEGUAM NEGARA BAWAH PAKATAN HARAPAN SALAH GUNA KUASA?

495
SHARES
2.9k
VIEWS

Oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

Saya perhatikan kerajaan asyik kalah saman lucut hak dana kononnya dana haram 1MDB bila responden membantah dan melawan dalam mahkamah.

Ini bermakna wang yang dibayar saya tidak dapat dibuktikan adalah dari 1MDB atau dari sumber haram.

Disember 2019: Kerajaan gagal lucut hak harta UMNO Kedah dan Habib Jewels
Rujuk pautan;

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/12/638301/kerajaan-gagal-lucut-hak-harta-umno-kedah-dan-habib-jewels

Februari 2020: Kerajaan gagal lucut hak harta UMNO, MCA, Syarikat Binsabi Sdn Bhd dan Syarikat Perano Sdn Bhd” 
Rujuk pautan;

https://www.sinarharian.com.my/article/69139/BERITA/Mahkamah/Kerajaan-gagal-lucut-hak-harta-UMNO-MCA-dua-syarikat

9 Jun 2020: Mahkamah tolak lucut hak wang Jakel dan BN Johor Bahru” 
Rujuk pautan;

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/587695/mahkamah-tolak-lucut-hak-wang-jakel-dan-bn-johor-bahru

11 Jun 2020: Kerajaan kalah kepada Yayasan Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia (PBAKM)” 
Rujuk pautan;

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/699026/kerajaan-gagal-lucut-hak-rm100000-dari-akaun-yayasan-pbakm

Ogos 2020: SPRM Gagal Lucut Hak Wang Dikait 1MDB Dari SUPP
Rujuk pautan;

http://www.pnbbcportal.com/2020/08/19/sprm-gagal-lucut-hak-wang-dikait-1mdb-dari-supp/

Sept 2020: SPRM gagal lucut hak RM700,000 milik UMNO Pekan
Rujuk pautan;

https://www.kosmo.com.my/2020/09/17/sprm-gagal-lucut-hak-rm700000-milik-umno-pekan/

Namun ada juga kes-kes di mana kerajaan menang saman lucut hak tetapi ia terdiri daripada dua kategori:

Kategori 1: Responden merupakan agensi atau badan yang dikawal kerajaan PH sendiri seperti Yayasan Penyelidikan Transformasi, Yayasan GENIUS (Permata), Yayasan Tun Hussein Onn dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

(Ya, kerajaan PH dahulu saman kerajaan PH di mana kerajaan PH tidak bantah kerajaan PH hendak lucut hak wang kerajaan PH supaya wang kerajaan PH dibayar kepada kerajaan PH dan kos guaman dua belah kerajaan PH serta kos mahkamah dibiayai oleh kerajaan PH)

Ataupun

Kategori 2: Responden tidak melawan kes di mahkamah atau perjanjian penyelesaian dicapai – seperti kes Yayasan Rahah (perjanjian penyelesaian dicapai kerana saya tidak mahu ada tambahan prosiding Mahkamah untuk saya hadir lagi) dan parti LDP (LDP setuju kerajaan lucut hak RM9k dan RM500k dikembalikan kepada parti);

Yayasan Rahah dan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Pekan Ibrahim Awang mencapai penyelesaian bagi saman pelucuthakan berkaitan 1MDB terhadap mereka.

Wang berjumlah RM9,560.96 disita SPRM daripada Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.” 

Bagaimanapun baki wang berkenaan berjumlah RM500,000 yang turut disita SPRM, dikembalikan kepada parti” 

18 Oktober 2019: LDP dapat baki wang RM500,000
Rujuk pautan;

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/619149/ldp-dapat-baki-wang-rm500000

Namun kes kerajaan PH dahulu hendak lucut hak wang dan barang-barang kemas saya masih belum sampai ke tahap perbicaraan walaupun dah hampir 3 tahun disita kerajaan PH.

Kesimpulannya ialah jika responden tidak melawan, mahkamah akan benarkan kerajaan lucut hak.

Tetapi apabila responden melawan, peluang untuk kerajaan kalah adalah amat tinggi.

Adakah ini bukti bahawa kerajaan PH semasa Tommy Thomas adalah AG telah menyalahgunakan kuasa mereka untuk memfailkan saman yang tidak berasas dan sukar untuk menang hanya sekadar hendak menyusahkan musuh politik mereka?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts