MEMALUKAN, PERIKATAN NASIONAL TERPAKSA GUNA GAMBAR MAHIADDIN SEBAGAI BAHAN KEMPEN – TOK HIM

386
SHARES
2.3k
VIEWS

1. Pengakuan Azmin Ali bahawa Perikatan Nasional menggunakan gambar Tan Sri Mahiadin di semua DUN adalah untuk menarik sokongan pengundi.

2. Ini bermakna calon-calon PN tidak ada daya tarikan untuk mendapat sokongan pengundi-pengundi di tempat mereka bertanding.

3. Bukankah yang akan berkhidmat sebagai wakil rakyat di DUN tersebut adalah calon-calon yang bertanding? Namun gambar Mahiadin pula yang penuh di merata tempat. Ini jelas strategi yang mengelirukan pengundi-pengundi dan amat memalukan.

4. Malah gambar beliau dilengkapi dengan logo dan pangkah. Adakah ini diizinkan oleh SPR? Sepatutnya ia menjadi kesalahan dan kenapa SPR tidak mengarahkan semua bahan kempen seperti poster, sepanduk dan papan iklan ini diturunkan? 

5. Cara ini adalah budaya lapuk yang digunakan Barisan Nasional sebelum ini apabila asyik menggunakan gambar Perdana Menteri mereka. 

6. Ini yang dikatakan menipu rakyat dalam semua perkara. Saya harap rakyat semakin cerdik walaupun rakyat dipersendakan mindanya. Adakah mungkin gambar-gambar TS Mahiadin ini bakal menyebabkan calon-calon Perikatan Nasional tewas di PRN Melaka, kita tunggu dan lihat.

7. Hendak tanya juga kepada Azmin Ali, kenapa beliau tidak bawa video bersama Haziq sebagai bahan kempen? Sedangkan bekas Ketua Polis Negara sendiri iaitu TS Hamid Bador kata video tersebut sebagai tulen, cuma tidak dapat dikenal pasti siapa pelakonnya. Video ini juga boleh membantu menarik pengundi menyokong PN kerana rakyat boleh kenal pasti siapa pelakon sebenarnya.

Semoga pengundi-pengundi rakyat Melaka bijak memilih dan undilah calon-calon bersih, berintegriti dan bermoral.

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts