• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Wednesday, September 27, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

BERSATU-PN SUDAH SEDIA BEKERJASAMA DENGAN DAP-PH DI PRU-15

Jajaran yang sama seperti ketika menghadapi UMNO di PRU-14 lepas

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
April 25, 2022
in Politik, Utama
0
BERSATU-PN SUDAH SEDIA BEKERJASAMA DENGAN DAP-PH DI PRU-15
29
SHARES
327
VIEWS

Kenyataan Tan Sri Mahiaddin Yassin bahawa partinya sudah sedia bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menumbangkan UMNO di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak dilihat hanya mengulangi sejarah yang sama ketika PRU-14 lepas. Strategi basi, kotor dan memualkan akan dikitar semula demi memastikan UMNO tidak berkuasa semula. Rujuk berita di pautan; https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/04/24/muhyiddin-bersatu-ready-to-work-with-others-to-ensure-straight-fight-agains/2055437

Tidak mengejutkan jika DAP-Pakatan Harapan akan menyambut tangan yang dihulurkan Mahiaddin dan Perikatan Nasional kerana ketika ini kesemua mereka terdesak kerana berada di tahap yang paling lemah berbanding sebelum PRU-14, selain mempunyai aspirasi yang sama untuk ‘membunuh’ UMNO. Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional kini tidak lagi mempunyai momentum untuk melonjakkan diri dan telahpun ditolak rakyat berkali-kali di setiap PRK dan PRN yang mereka sertai.

Sungguhpun begitu, tindakan Mahiaddin dan Bersatu ini yang tentunya akan disertai oleh semua parti komponen Perikatan Nasional termasuk PAS, dilihat memudahkan UMNO untuk mengharungi PRU-15 kelak. Selain itu, tindakan Perikatan Nasional bekerjasama dengan DAP-Pakatan Harapan ini juga secara tidak langsung bakal menguntungkan UMNO kerana selain mengungguli konsistensi menolak DAP, ia juga bakal ‘checkmate‘ kumpulan “UMNO Putrajaya” yang pro Mahiaddin dan Perikatan Nasional. Malah keadaan ini akan membuatkan parti komponen PN iaitu PAS menjilat ludahnya sendiri dan akan dimalukan oleh ahli-ahli dan penyokong-penyokong nya mereka di beberapa negeri kelak. 

Defisit kepercayaan terhadap pemimpin-pemimpin PAS yang telah bermula sejak Muafakat Nasional bersama UMNO dikhianati pasti akan bertambah parah dan menyebabkan parti itu bakal kehilangan negeri Kedah dan Terengganu. Dominasi mereka di Kelantan pula akan berkurangan mendadak, meletakkan PAS berada dalam keadaan tertekan dan paling lemah sejak ia ditubuhkan.

Justeru, UMNO yang sudahpun bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan selepas kemunculan dokumen bocor PASleak yang menonjolkan sisi gelap PAS dan mendedahkan perancangan jahat Perikatan Nasional yang dibantu oleh UMNO Putrajaya, bakal menjadi parti tunggal yang akan ditentang secara bersama oleh DAP-PH dan BERSATU-PN di PRU-15 kelak.

Ketika itu, parti PAS dan UMNO Putrajaya boleh menilai sendiri yang mana intan dan yang mana kaca. Jangan sampai tersalah sokongan, kelak menyesal tak sudah apabila tidak dipilih kelak. Rakyat yang sudah serik selama hidup di bawah pemerintahan DAP-PH dan Bersatu-PN pasti akan membalas dendam serta menghukum mereka di PRU-15 kelak. Jika tidak percaya, tunggu sahajalah. 

Tags: Jajaran baharuMuhyiddinPN-DAP
Previous Post

SIASAT SEGERA ISU KOMISEN VAKSIN 

Next Post

ANNUAR MUSA HATI TISU, CEPAT KOYAK?

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

ISU MUHYIDDIN KATA HARAM UNDI CALON PH – DR. RAMALAN YUNUS 

ISU MUHYIDDIN KATA HARAM UNDI CALON PH – DR. RAMALAN YUNUS 

September 4, 2023
BERSATU SUDAH MULAI BERTELAGAH – DR. RAMALAN YUNUS

BERSATU SUDAH MULAI BERTELAGAH – DR. RAMALAN YUNUS

August 27, 2023
PN TERHADAP BN: BENCI TETAPI RINDU?

PN TERHADAP BN: BENCI TETAPI RINDU?

August 14, 2023
KERAJAAN PERPADUAN vs KERAJAAN PERKAUMAN – DR. RAMALAN YUNUS 

KERAJAAN PERPADUAN vs KERAJAAN PERKAUMAN – DR. RAMALAN YUNUS 

August 14, 2023
GAGAL RAIH KEPUTUSAN 6-0, MAHIADDIN WAJAR LETAK JAWATAN

GAGAL RAIH KEPUTUSAN 6-0, MAHIADDIN WAJAR LETAK JAWATAN

August 13, 2023
GUNA KUASA, MANDAT DIBERI UNTUK BANTU RAKYAT, BUKAN DIRI SENDIRI

GUNA KUASA, MANDAT DIBERI UNTUK BANTU RAKYAT, BUKAN DIRI SENDIRI

August 11, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In