• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Wednesday, March 22, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

MAHIADDIN MASIH ANGKUH, CABAR SPRM DAKWA ANWAR, ZAHID

Sedangkan sekelilingnya hanya menunggu masa sesuai untuk menyingkirkannya

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
March 12, 2023
in Politik, Utama
0
MAHIADDIN MASIH ANGKUH, CABAR SPRM DAKWA ANWAR, ZAHID
22
SHARES
246
VIEWS

Naratif kononnya Tan Sri Mahiaddin Yassin dianiaya melalui pendakwaan terpilih nampaknya akan dimainkan dalam waktu yang lama, malah PAS juga membuat kenyataan “masuk bakul angkat sendiri” bahawa “Gelombang Abah” lebih besar daripada gelombang reformasi.

Selain itu, keangkuhan Mahiaddin juga dilihat tidak berkurang, walaupun sudah dikenakan enam pertuduhan dan satu lagi akan dikenakan pada 12 Mac di Mahkamah Shah Alam. Sepatutnya beliau muhasabah dan biarkan sahaja pemimpin-pemimpin lain membuat kenyataan mengenai dirinya. Ini juga menimbulkan kesangsian adakah wujud masalah sesama mereka dalam Bersatu dan Perikatan Nasional?

Namun di sebalik keangkuhannya yang semakin menebal itu, boleh pula beliau ‘mengaku’ secara terbuka bahawa partinya menerima wang daripada beberapa kontraktor, yang ditakrifnya sebagai “sumbangan politik”. Apapun takrif yang digunakan, jika rasuah ia tetap rasuah. Dalam Islam, Allah melaknat sesiapa yang menghalalkan apa yang haram atau mengharamkan apa yang halal.

Apabila terdesak, kini Mahiaddin mencabar pula Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mendakwa Presiden PKR dan UMNO, dua sosok tertinggi negara ketika ini. Bukankah sebelum ini juga Peguam Negara yang dilantik olehnya sendiri menafikan bahawa tuduhan terhadapnya sebagai pendakwaan terpilih? Tindakan semberono dan gopoh Mahiaddin ini dilihat sebagai cubaan beliau untuk menghasut rakyat agar tidak mempercayai sistem perundangan sedia ada kerana menurut logiknya beliau bersih, tidak bersalah dan hanya menerima sumbangan politik. 

Apa yang pasti, Gelombang Abah yang dimaksudkan kini tidak lebih daripada ‘gelabah’ sahaja, kerana lama-kelamaan ‘keangkuhan’ Mahiaddin akan terlerai jua apabila beberapa pemimpin kanan Bersatu yang bersikap talam dua muka akan menyingkirkannya serta meninggalkan beliau berseorangan.

Mahiaddin dilihat tidak lebih sebagai beban sahaja kepada partinya dan Perikatan Nasional ketika ini, cuma mereka masih meneliti sentimen sokongan rakyat kerana khuatir bakal backlash sekiranya tersalah jangkaan. 

Bagi mereka, keyakinan rakyat terhadap Perikatan Nasional tidak boleh ‘disabotaj’ oleh Mahiaddin yang kini sudah menjadi Kluster Mahkamah.  Cuma tinggal Haji Hadi dan beberapa kerat pemimpin PAS sahaja yang masih menyokong beliau, sedangkan ‘broker’ utama PAS sendiri sudah berkira-kira memujuk Hadi untuk meminggirkan Mahiaddin. 

Mungkin ketika itu barulah Mahiaddin sedar, sekelilingnya bukan menghormati beliau tetapi hanya menunggu masa yang sesuai untuk menyingkirkannya.

Bertabahlah abah. 

Previous Post

ASYRAF CAMPUR TANGAN PEMILIHAN PEMUDA UMNO?

Next Post

KERJA SUKARELAWAN, PENDIDIKAN JADI ASAS PERJUANGAN FADILAH SALLEHUDDIN

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

TEKNOLOGI MAKLUMAT BERI MANFAAT BAGI PEMBELAJARAN BERSIFAT ABSTRAK

TEKNOLOGI MAKLUMAT BERI MANFAAT BAGI PEMBELAJARAN BERSIFAT ABSTRAK

March 22, 2023
MARTABATKAN KARAMAH INSANIAH PELAJAR, LAHIRKAN INSAN BERKEPIMPINAN 

MARTABATKAN KARAMAH INSANIAH PELAJAR, LAHIRKAN INSAN BERKEPIMPINAN 

March 20, 2023
ISHAM JALIL, CALON AHLI MKT NO.36

ISHAM JALIL, CALON AHLI MKT NO.36

March 16, 2023
LOKMAN ADAM, CALON AHLI MKT NO.14

LOKMAN ADAM, CALON AHLI MKT NO.14

March 16, 2023
MOHAMMAD YAHYA ZAKARIA TANDING JAWATAN NAIB KETUA UMNO JELEBU

MOHAMMAD YAHYA ZAKARIA TANDING JAWATAN NAIB KETUA UMNO JELEBU

March 15, 2023
PENGGUNAAN TEKNIK SIMULASI DALAM PEMBELAJARAN DAPAT TINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR 

PENGGUNAAN TEKNIK SIMULASI DALAM PEMBELAJARAN DAPAT TINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR 

March 22, 2023

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In