TULISAN JAWI: SEMBAH TAKZIM PENGHARGAAN KEPADA PERMAISURI Agong – MAPPIM

405
SHARES
2.4k
VIEWS

Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) menjunjung sembah takzim bangga di atas keprihatinan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah yang memartabatkan tulisan Jawi di ciapan Twitter-nya bermula pada 27 Disember lepas.

Kebanggaan beliau menggunakan tulisan Jawi ini memperlihatkan suatu usaha ulung bagi pemuliharaan warisan bangsa Melayu yang sangat hebat bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi juga kebangsaan yang terpelihara kukuh dalam Perlembagaan Persekutuan yang dilindungi oleh yang mulia Majlis Raja-Raja Melayu.

Sudah sampai masanya kempen menulis dan membaca tulisan Jawi dilestarikan di media sosial sebagai satu trending masyarakat Malaysia yang mempuyai aspirasi nasional rakyat pelbagai kaum dan agama

MAPPIM menyeru semua pihak termasuk pemimpin kerajaan, pemimpin politik dan pemimpin masyarakat semua bangsa agar bersama-sama mengadvokasikan Jawi sebagai medium mesra rakyat Malaysia yang unik dan dihormati.

Mohd Zai Mustafa

Ketua Eksekutif MAPPIM

Timbalan Pengerusi UMMAH

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts